Wednesday 26 December 2012

RANGKAIAN PERNIAGAAN KMBTB

Dalam mengembangkan perniagaan,Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad telah menceburi beberapa bidang perniagaan seperti berikut:

Grafik Cabang Perniagaan KMBTB

1. PEMBORONG TEKSIL & FESYEN WANITA (HijjazDwarna)

HijjazDwarna

HijjazDwarna merupakan sebuah butik pakaian yang menjual secara borong dan runcit fesyen wanita muslimah di Kuala Terengganu dan juga di Sabah.Antara produk yang ditawarkan ialah baju kurung dewasa dan kanak-kanak, pelbagai fesyen tudung, jubah, telekung dan aksesori wanita.HijjazDwarna bercadang meluaskan lagi jaringan perniagaan dengan pelaksanaan program licensing iaitu konsep penjualan jenama mengikut terma dan syarat yang ditetapkan






2. PUSAT KECANTIKAN DAN KESIHATAN (Salun dan Spa)

Salun dan Spa




Salun dan Spa KMBTB menyediakan perkhidmatan rawatan kecantikan dan kesihatan yang menyeluruh dari hujung rambut ke hujung kaki.Salun yang diberi nama Salun Muslimah juga akan menduplikasikan jenama mereka sebagai cara untuk meluaskan jaringan perniagaan mereka.












3. PEMBUATAN DAN PENGEDARAN PRODUK HALAL

Antara Produk KMBTB


KMBTB telah menyewa sebuah kilang di Halal Trade Centre di Chendering, Kuala Terengganu untuk tujuan pemprosesan dan pengedaran produk halal.KMBTB mengeluarkan produk herba kesihatan berasaskan halal sendiri yang akan diedarkan dan dipasarkan melalui konsep trading.Antara aktiviti kilang KMBTB adalah:



 
  • Mengilang dan membungkus produk halal dan produk berasaskan herba
  • Kontrak Pembuatan (Manufucturing Contract) untuk prmbungkusan makanan dan minuman di dalam sachet seperti kopi pracampuran.Memberi peluang kepada syarikat, koperasi dan individu untuk membungkus produk berasaskan makanan dengan jenama sendiri.


BAJET HOTEL DAN PELANCONGAN (PAYANG INN)

PAYANG INN




KMBTB kini mengorak langkah dalam bidang perhotelan dan pelancongan sejajar dengan permintaan yang amat menggalakkan dalam pasaran ini.Maka KMBTB telah mempunyai sebuah hotel bajet dengan kapasiti 13 bilik 
di bangunan Wisma KMBTB.Hotel ini akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2013 dan sekarang di dalam peringkat percubaan.