Sunday 23 December 2012

PENGENALAN


Koperasi Muamalat Bersatu Terengganu Berhad (KMBTB) dan undang-undang kecilnya telah diluluskan oleh mesyuarat agung permulaan pada 28 Februari 2010 dan didaftarkan sebagai Koperasi Asas dengan liabiliti terhad,di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 yang ditandatangani dan dimetrai pada 19 Ogos 2010 dengan nombor pendaftaran T-4-0435

KMBTB adalah sebuah koperasi penubuhan untuk menjalankan perniagaan barang-barang pengguna seperti barangan produk kesihatan,barangan keperluan isi rumah dan sebagainya.

Bidang Ekonomi Utama Koperasi adalah:
Pemborongan Tekstil & Fesyen Wanita (HijjazDwarna)
Pusat Kecantikan & Kesihatan (Salun dan Spa)
Pembuatan & Pengedaran Produk Halal berasaskan herba
Bajet Hotel & Pelancongan
Pusat Latihan